Assalamualaikum... Anda Sedang Melayari Blog Berkat Islam... Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini... :)

Jumaat, 4 Mac 2011

Mengapa Diri Ini Islam?

Assalamualaikum...



Mengapa aku dilahirkan dalam Islam?
Allah amat ajaib penciptaanya, Dia telah mengatur diri kita untuk menjadi Islam. Tidakkah engkau lihat wahai manusia betapa banyaknya orang di luar sana tidak mendapat semua ini. Malah tidak langsung kita mensyukuri nikmat Islam ini. Hanya yang selalu terlintas difikiran kita, susahnya bila menjadi Islam, kena sembahyang, kena puasa dan kena buat macam-macam dan banyak larangannya. Tapi tidakkah engkau wahai manusia melihat bahawa itu suatu tanda yang Maha Pencipta sangat menyayangimu. Dia memberi segala bentuk larangan dan suruhan supaya kamu tidak lupa diri dan pada setiap yang kamu lakukan akan mendapat balasan kelak. Ingatlah janji Allah kepada hambanya, pada setiap kebaikan ganjaran baik, kepada setiap keburukkan balasan buruk.

Ingatlah ketika kita dilahirkan, kurniaan Allah sangatlah hebat. Selepas dilahirkan, kita diazankan. Selepas itu kita disambut dengan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai pendodoi tidur dan banyak lagi yang tidak mampu dinyatakan di sini kerana terlalu banyak. Bersyukurlah insan kerana nikmat Islam itu adalah satu dari tanda Allah menyayangi kamu.



Bersyukurlah, panjatkan banyak-banyak kesyukuran kepadaNYA kerana orang yang bersyukur itu sedikit jumlahnya. Maka pastikan kita semua termasuk dalam kalangan orang yang bersyukur. Ramai orang terpaksa bersabar apabila mendapat musibah, tetapi tidak semua orang yang mendapat nikmat itu bersyukur.

Ingatlah bahawa Allah telah memilih kita untuk menjadi salah seorang dari umat kekasihnya(muhammad). Betapa Agungnya pemberian Allah kepada kita iaitu nikmat Islam. Sesungguhnya Allah sentiasa ada sebagai tempat berharap. Berdoalah ketika dirimu ditimpa masalah dan bersyukurlah ketika dirimu di beri nikmat kerana itulah sebaik-baik tindakkan sebagai seorang hamba yang taat kepadanya.



"bersyukurlah wahai hamba Allah"

"Dan Ingatlah Allah Bersama-sama Kamu"

2 ulasan:

  1. iman dan islam tu adalah nikmat terbesaq sekali.... rugi la kpg yg tidak mensyukuriny....

    BalasPadam
  2. Assalam....
    Saya setuju dengan pendapat pijan...

    BalasPadam