Assalamualaikum... Anda Sedang Melayari Blog Berkat Islam... Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini... :)

Khamis, 10 Mac 2011

Dunia Semakin Ke Penghujung




Lihatlah dunia hari ini.
Peperangan dimana-mana sahaja, negara menjadi porak-peranda, pembunuhan di depan mata, bencana alam. Tidakkah kamu melihat ini sebagai satu tanda? Setiap perkara yang berlaku ada sebabnya. Allah mahu manusia berfikir. Adakah amalan kita sudah cukup? Apakah kita sudah bersedia bertemu dengannya? Berapa banyak dalam hidup ini kita melakukan maksiat? Berapa banyak kita berpaling dari ayat-ayat kalamullah? Berapa banyak kita melanggar dan membantah hukum ALLAH?

Masih belum terlambat untuk kita berubah. Bersyukurlah, mungkin ini ialah masanya kita berubah. Fikirlah kenapa Allah mengaturkan supaya saudara dan saudari membaca penulisan ini? Allah Maha Penyanyang. Berubahlah dan bersyukur kepada Allah. Kerana sebaik-baik manusia di antara kamu ialah yang sentiasa bertaubat setelah melakukan kesalahan.



Mulakan dengan buku hidup yang baru. Keislaman kita bukan hanya nama, isikanlah ia dengan maksud yang mendalam. Sesungguhnya ia adalah yang terbaik. Keislaman yang disertai dengan Keimanan dan Ketaqwaan akan membawa kita ke syurga, tempat sebaik-baik tempat kembali.

Ahad, 6 Mac 2011

Bersyukurlah Wahai Hamba Allah

Assalamualaikum...


Ramai orang yang tersalah sangka dengan mendefinisikan kebahagiaan dengan meletakkan harta dan kekayaan sebagai faktor utama. Jangan salah sangka, sebenarnya ada orang yang tidur di atas katil yang empuk tetapi lenanya tidak nyenyak, tetapi ada manusia yang tidur di atas pondok yang buruk tetapi lenanya lebih nyenyak. Lihatlah wahai manusia betapa hebatnya kuasa Allah membahagikan rezeki-rezekinya.

Bersyukurlah wahai manusia dengan apa yang ada. Lihatlah semua penciptaan Allah. Gunung-ganang yang menghijau dan lautan yang penuh dengan hidupan. Tidakkah kamu melihat semua itu sebagai satu di antara kebesaran Allah. Allah telah letakkan kesayangannya keatas kamu dengan memberi nikmat kepada kamu, memberi nikmat penglihatan dan banyak lagi. Kita selalu lupa akan nikmat Allah yang telah diberikan, kebanyakkan manusia mengharapkan nikmat yang belum ada. Tidak salah untuk mengharap nikmat yang belum ada tapi jangan lah kita lupa akan nikmat yang telah ada.

Para Ulama mengatakan yang syukur itu makamnya lebih tinggi daripada sabar. Banyak manusia yang terpaksa sabar tetapi bukan semua hamba Allah yang bersyukur apabila telah mendapat nikmat. Maka bersyukurlah wahai hamba Allah kerana sedikit sahaja orang yang bersyukur dalam kalangan manusia.




"ALHAMDULILLAH YA ALLAH"

Jumaat, 4 Mac 2011

Mengapa Diri Ini Islam?

Assalamualaikum...



Mengapa aku dilahirkan dalam Islam?
Allah amat ajaib penciptaanya, Dia telah mengatur diri kita untuk menjadi Islam. Tidakkah engkau lihat wahai manusia betapa banyaknya orang di luar sana tidak mendapat semua ini. Malah tidak langsung kita mensyukuri nikmat Islam ini. Hanya yang selalu terlintas difikiran kita, susahnya bila menjadi Islam, kena sembahyang, kena puasa dan kena buat macam-macam dan banyak larangannya. Tapi tidakkah engkau wahai manusia melihat bahawa itu suatu tanda yang Maha Pencipta sangat menyayangimu. Dia memberi segala bentuk larangan dan suruhan supaya kamu tidak lupa diri dan pada setiap yang kamu lakukan akan mendapat balasan kelak. Ingatlah janji Allah kepada hambanya, pada setiap kebaikan ganjaran baik, kepada setiap keburukkan balasan buruk.

Ingatlah ketika kita dilahirkan, kurniaan Allah sangatlah hebat. Selepas dilahirkan, kita diazankan. Selepas itu kita disambut dengan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai pendodoi tidur dan banyak lagi yang tidak mampu dinyatakan di sini kerana terlalu banyak. Bersyukurlah insan kerana nikmat Islam itu adalah satu dari tanda Allah menyayangi kamu.



Bersyukurlah, panjatkan banyak-banyak kesyukuran kepadaNYA kerana orang yang bersyukur itu sedikit jumlahnya. Maka pastikan kita semua termasuk dalam kalangan orang yang bersyukur. Ramai orang terpaksa bersabar apabila mendapat musibah, tetapi tidak semua orang yang mendapat nikmat itu bersyukur.

Ingatlah bahawa Allah telah memilih kita untuk menjadi salah seorang dari umat kekasihnya(muhammad). Betapa Agungnya pemberian Allah kepada kita iaitu nikmat Islam. Sesungguhnya Allah sentiasa ada sebagai tempat berharap. Berdoalah ketika dirimu ditimpa masalah dan bersyukurlah ketika dirimu di beri nikmat kerana itulah sebaik-baik tindakkan sebagai seorang hamba yang taat kepadanya.



"bersyukurlah wahai hamba Allah"

"Dan Ingatlah Allah Bersama-sama Kamu"

Permulaan Kepada Sebuah Pengembaraan



Assalamualaikum...
Pada saat ini, bermulalah sebuah episod baru.
Pengembaraan Mencari Matlamat Hidup Sebenar...
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, akhirnya sebuah blog yang inshaAllah akan dihiasi dengan pelbagai ilmu yang bakal memberi satu dimensi baru tentang apa itu sebenarnya Islam.

Insha ALLAH, perkongsian yang tidak seberapa ini akan dikongsi sekadar yang termampu.
Diharapkan mampu membantu dalam memahami isi dan hikmah Islam sebagai An Nurr yang mempunyai hikmah yang sangat besar kepada seluruh kehidupan yang luas.

Sama-sama kita doakan agar semua ini menjadi kenyataan dan mendapat rahmat dari ALLAH.
Insha ALLAH...



Assalamualaikum....